Monday 10 September 2012

MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN SMK PALOH



MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN SMK PALOH TELAH DIRASMIKAN OLEH PN. HJH PAIJAH BINTI KASSAN (TUAN PENGETUA SMK PALOH) PADA 15 JUN 2012 (RABU)

Tuesday 4 September 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN



PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK PALOH  TELAH DIADAKAN PADA 13 FEBUARI 2012(ISNIN) DI DEWAN BAYU SRI SMK PALOH.

Monday 3 September 2012

PROGRAM ORIENTASI PSS TAHUN 2012


Unit Pusat Sumber Sekolah SMK Paloh telah mengadakan PROGRAM ORIENTASI PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU pada 9 Januari 2012 .Semua pelajar tingkatan Satu dan Peralihan berkumpul di dalam Dewan Bayu Sri SMK Paloh pada pukul 8.00 pagi.  Program tersebut bermula dengan taklimat ringkas oleh Kaunselor Sekolah iaitu En Tio Swee Meng . Selepas itu ceramah mengenai Pusat Sumber Sekolah yang disampaikan  oleh Pn. Noraishah Bt. Mat Sa’ad sebagai Guru Media. Kemudian para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang iaitu melawat sekitar kawasan sekolah oleh Cik Nurhidayah Bt. Ma’mor, penerangan mengenai penggunaan Perpustakaan oleh Pn. Fatimah Bt. Samad dan pengambilan gambar untuk membuat kad perpustakaan oleh Cik Safriza. Program ini turut dibantu oleh En Sani dan guru-guru mata pelajaran tingkatan Satu sebagai kawalan pelajar. Program tamat pada pukul 1.00  petang.  

MAJLIS PERASMIAN 'JOM KE PERPUSTAKAAN' SMK PALOH




Unit Perpustakaan SMK Paloh telah mengadakan PROGRAM PERASMIAN JOM KE PERPUSTAKAAN 
pada 13 Febuari 2012 (Isnin) yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Paloh Pn. Hjh. Paijah Bt. Kassan Semua barisan pentadbir , barisan guru dan para pelajar berkumpul di dalam Dewan Bayu Sri SMK Paloh pada pukul 1.00 tengahari. Majlis ini juga turut menyampaikan hadiah kepada Tokoh NILAM Sekolah.