Monday, 3 September 2012

PROGRAM ORIENTASI PSS TAHUN 2012


Unit Pusat Sumber Sekolah SMK Paloh telah mengadakan PROGRAM ORIENTASI PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU pada 9 Januari 2012 .Semua pelajar tingkatan Satu dan Peralihan berkumpul di dalam Dewan Bayu Sri SMK Paloh pada pukul 8.00 pagi.  Program tersebut bermula dengan taklimat ringkas oleh Kaunselor Sekolah iaitu En Tio Swee Meng . Selepas itu ceramah mengenai Pusat Sumber Sekolah yang disampaikan  oleh Pn. Noraishah Bt. Mat Sa’ad sebagai Guru Media. Kemudian para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang iaitu melawat sekitar kawasan sekolah oleh Cik Nurhidayah Bt. Ma’mor, penerangan mengenai penggunaan Perpustakaan oleh Pn. Fatimah Bt. Samad dan pengambilan gambar untuk membuat kad perpustakaan oleh Cik Safriza. Program ini turut dibantu oleh En Sani dan guru-guru mata pelajaran tingkatan Satu sebagai kawalan pelajar. Program tamat pada pukul 1.00  petang.  

No comments:

Post a Comment